Saturday, May 11, 2013

Penyakit Menjelang Periksa



Makin dekat hari periksa
Semua benda makin menarik 
Semua aktiviti jadi seronok 
Semua hobi rasa nak cuba
Semua 
Kecuali menelaah bidang yang satu ini 
Yang nak berperang dengan kertas soalan minggu depan ni 
Yang sampai sengguk sengguk hitam keliling mata ni 

na3uzubillahiminassyaitanirrajim. 
Fuuuuu~ 

Tiba-tiba jadi fashion designer 
Semua kain ela siap bertukar jadi baju 
Tiba-tiba jadi suri rumah berkaliber 
Setiap pelosok rumah habis licin berkilat dari debu 
Tiba-tiba jadi atlet harapan negara 
Tiap pagi petang tak jemu ke trek istad mahupun ke gymnasium penuh semangat melangkah laju 
Nak kurus sebelum balik Malaysia, katanya 
Tiba-tiba jadi chef kononnya master 
Setiap hari masak dari celik mata awal pagi, tengah hari, ke malam sampai detik padam lampu 
Full course meal sampai dessert dari mula appetizer 
Tiba-tiba jadi bagai pendeta pemujangga tersohor 
Tiap detik hidup kalau boleh mahu diconteng dilakar dikarang jadi puisi juga lagu 
Eh? 
Okay terasa.


Monday, May 6, 2013

Hati-hati



Andai mencoret,
Jangan sampai menghimpit. 

Andai meluah, 
Jangan sampai meludah. 

Andai berdebat, 
Jangan sampai terjerat. 

Berani melontar hujah, 
Waspada dalam melangkah. 


Thursday, May 2, 2013

Sekitar Tajuk Dilema



Dilema,
Acapkali berkait istikharah. 
Tapi, 
Kau ingat istikharah itu cuma bila ada tujuh belas calon datang hantar rombongan, 
Mana satu nak pilih jadi bakal suami? 
Salah. 
Kalau kau cuma nak pilih warna berus gigi pun kau nak istikharah dulu, 
Tak ada hal. 

Istikharah itu meluas. 
Ada orang amal tiap hari. 
Biar nanti tiap satu pilihan pada hari itu, 
Datang dengan penuh berkat, penuh rahmat. 
Ikutlah. 
Cara masing-masing. 

Istikharah bukan benda ajaib. 
Yang kalau kau buntu nak memilih, 
Terus kau istikharah mengharap jawapan muncul depan mata. 
Kau sangka, 
Istikharah itu bagai bola kaca dalam kelas divinasi Profesor Trelawney? 
Bukan. 
Istikharah, lebih halus, lebih indah dari itu. 
Bagi aku, ia bagai penguat tiap satu keputusan yang aku ambil. 
Yang bila aku memutuskan, datang bersama pergantungan pada Dia, 
Aku jadi redha. 
Jadi syukur terus. 
Walau apa pun untung, mahupun bala yang bakal muncul selepasnya. 
Tak perlu runsing tentang akibat. 
Kan sudah minta yang terbaik dari Dia?

Sekarang bantu aku putuskan. 
Contengan ini sudah masuk nombor tiga, 
Aku dilema ni. 
Dilema nak panjangkan ke Paracetamol atau tak. 
;p