Friday, May 18, 2012

Friday Facts #2 - Top 5 Wooden Roller Coasters in The World

entri ini diinspirasikan oleh kerinduanku yang mendalam terhadap t-express ini
*ayat memang tak boleh nak puitis lagi kan. (_ _!)

Assalamualaikum!
Hari ini mood saya melompat-lompat dan berpusing-pusing bagaikan roller coaster, jadi fakta hari ini juga tentang roller coaster lah..
early winter hari tu aku spend kat korea. okay, nanti tulis entri lain tentang trip to korea tu ye. now, nak cerita pasal roller coaster dulu.. kat sana aku naik t-express ni.. memang indescribable lah. superb! sampai ketagihan. haha.. sebab tu misi cuti 3 bulan ni, nak pujuk fadi pergi USS (kepada yang masih samar2, USS ialah Universal Studio Singapore. bukan studio untuk menyanyi tapi studio untuk melalak meraung serta menggedik). nak naik roller coaster mainly, sambil2 jalan2 kat singapore. itu pun, kalau masa tak mencemburui. kalau tak sempat sangat, ber roller coaster kat times square pun jadi lah. fadi kesayanganku! marilaaa~~ hehe..
perasaan masa nak naik t-express ni? rasa beriman, bole? haha.. sebab nak naik ride yang hanya lebih kurang 2 minit memerlukan penantian hingga 2 jam. okay, tak. sebenarnya, tengok2 je dia kayu, perasaan dia sama macam masa 1st time tgk bangunan SMAWP kat uia dulu, boleh? haha.. tapi betul laa.. 1st time tengok smawp, wahhh.. bila naik tak runtuh laa.. haaa.. t-express ni pun macam tu laa.. alhamdulillah masih gagah menampung insan2 bersaiz gajah sepertiku(?)
okay, done with the mengarut (macam biasalah hanis memang pantang dapat bercakap.. eh, menulis.. eh, sama je dua2 pun tak boleh berhenti)

Top 5 wooden roller coaster in the world:

#5
PHOENIX
Knoebels Amusement Resort, Pennsylvania


-Since : 1985
*disebabkan aku belum menjejakkan kaki ke sini, harap2 bila suatu hari nanti aku sampai sini, ia masih kukuh tidak reput apatah lagi runtuh serta mampu menampung berat badan yang semakin menggajah dari hari ke hari akibat tabiat makan di rumah yang tidak terkawal memandangkan santapan yang paling enak di dunia sentiasa terhidang di depan mata selain tabiat jalan2 cari makan pagi petang dan juga malam bersama fadi setiap kali kelapangan. (ambik kau ayat complex berbaris-baris tanpa titik noktah)

-Height : 78ft

-Drop : 72ft
*features yang paling buat kecut perut pada setiap roller coaster. makin banyak dia punya drop, makin retak lah jantung, paru2 serta usus korang.

-Length : 3200ft
*memang nampak macam panjang. tapi bila dah naik, tak terfikir pun. sebab selalunya each ride tak lebih 5 minit.

-Max speed : 72 km/h
*nampak macam eleh.. aku bawak kereta pun bantai 120.. amboi kerek.. try naik tengok, bila dah turun, rasa2 nak request tak roller coaster speed 120 jugak? muehehhehee.. ini pun dah mampu membuat jantungku terbang dibawa pergi dek angin bayu sepoi-sepoi bahasa.. lain kali sila suruh ferrari bina roller coaster pula untuk kelajuan sehingga 240km/h.

-Inversions : 0
*inversion ni loop laa.. alaa.. yang pusing2 tonggeng2 sampai kalau ada orang lalu bawah loop roller coaster ni boleh tiba2 ada rintik2 muntah hijau dari langit tuuu... most roller coaster kayu dia tak buat inversion. kalau tak silap, ada satu je yang pernah ada loop. tapi dah diremove pun loop tu. kayu tak segagah perkasa macam steel. kalau nak buat jugak loop, memang kena guna steel. jadi, kalau ada steel, feeling dia bukanlah roller coaster kayu lagi kan..

-Duration : 2 minutes
*kan aku dah kata naiknya kejap je.. tapi tengok queue lah.. pergghh.. memang terus jadi beriman siapa yang sanggup tunggu.. tapi tapi tapi.... 2 minit tu kejap eh? duk atas tu, puas laa meraung makkkkk nak turun!!!! haha.. tapi bila dah turun rasa, eh, laa.. dah habis ke...? (aku laa tu... ;p)


*memandangkan aku dah explain most of the features kt PHOENIX, maka untuk yang seterusnya aku akan cuba kurangkan bebelan ye. (read: CUBA)

#4
THE VOYAGE
Holiday World & Splashin' Safari, Indiana


-Since : 2006

-Height : 163ft

-Drop :154ft
*lagi superb dia punya drop. rasalah jantungmu bagaikan tertinggal di awan biru.

-Length : 6442ft

-Max speed : 108.5 km/h
*nah ambik kalau nak ala2 ferrari sangat kan..

-Inversion : 0

-Duration : 2 minutes 45 seconds

-Max vertical angle : 66 degree
*vertical angle ni darjah roller coaster menegak.. contoh vertical angle yg mantap adalah Takabisha in Fuji-Q, Japan. google sendiri tengok kalau nak tau perasaan tekak terkeluar ikut kaki.


#3
BOULDER DASH
Lake Compounce, Bristol, Connecticut


-Since : 2000

-Height : 50ft

-Drop : 115ft

-Length : 4725ft

-Max speed : 97 km/h

-Duration : 2 minutes 30 seconds

-Max vertical angle : 59 degree


#2
T-EXPRESS
Everland, Yongin

*diskriminasi! tak aci.. mentang2 yang ni aku pernah naik, maka gambar yang aku kasi pun lebih indah menawan breathtaking eye-catching daripada yang lain.. well~~ myahahahah..

Memandangkan dalam lima2, ni je yang aku pernah naik, maka... *applause!!
and, perasan tak, dalam kelima-lima roller coaster ni, t-express je yg bukan dalam USA. so, be proud asians!


-Since : 2008
*baru lagi.. patutlah tak runtuh bila aku yang bersaiz seakan gajah ini naik.. O.o

-Height : 183.75ft
*nampak tak tinggi melangit mencecah awan biru tu?! memang fewh.. indah gila rasa macam dapat rasa2 je awan gebu kat tepi pipi (cewahh.. haha).

-Drop : 150.9ft
*lalu setelah beramah mesra bersama awan di atas sana, drop ini menyebabkan kepala juga bagaikan tertinggal tak sempat nak kejar.

-Length : 5383.8ft
*tapi sungguh, bila da habis tu rasa macam panjang dia hanya sekangkang gajah je. (poyo!)

-Max speed : 104 km/h
*ala2 bugatti veyron dah ni rasa dia..

-Max vertical angle : 77 degree
*nampak tak betapa hampir right angle nya t-express ni?!? memang... fewh.. ride it and feel it yourself lah bak kata orang jawa..


#1
EL TORO
Six Flags Great Adventure, USA


okay.. here comes our champion... *applause!
tapi ada orang kata t-express lagi best dari el toro. entahlah.. nanti aku naik pastu aku buat review eh.. 
*el toro ni memang kat belakang rumah aku je sebenarnya~ choii (_ _!!)

-Since : 2006

-Height : 181ft

-Drop : 176ft
*drop ini sangat menggugurkan buah pinggang. jadi harus naik untuk menguji kekukuhan buah pinggang anda.

-Length : 4400ft

-Max speed : 110 km/h

-Duration : 1 minute 42 seconds *jew~ kerek! haha..

-Max vertical angle : 76 degree


okay. maka dengan ini tamatlah entri penuh informatif kita untuk hari ini ye.. *muntah..
jadi, silalah beramai-ramai naik roller coaster kerana roller coaster sangat perlu dinaiki kerana ia sangat best. hahaha.. taktaulaa.. aku rasa roller coaster sangat best sebab dapat menghayati keindahan alam hijau serta langit biru dalam perasaan yang bercampur-baur dan tiba2 terselit kagum.. tapi korang takyahlaa pegi naik setakat kat cosmo world TS tu pastu nak ngadu kat aku, tak indah pun~ ceyt! hahahah.. till then, annyong!! (^_~)v

*p/s: apa?!!? korang kata gambar semua nampak sama?!?! habis tu nak suruh dia cat merah biru kuning hijau ke supaya dapat bezakan kayu jati ke cengal ke merapuh ke~ -.-' 

*based on : Mitch Hawker - Best Wooden Roller Coaster Poll 2011

source : Wikipedia & Google



No comments: