Monday, April 22, 2013

Aku dan Kamu; Kita Sama Bawah Dia




Biah itu bukan yang aula 
Tapi tak dinafi ia maslahat 
Biah solehah 

Dikelilingi suasana hitam penuh kotor 
Untuk terus kukuh sebagai hamba 
Kamu mungkin mampu 
Tapi tidak aku 
Apatah lagi genggam amanah khalifah 
Amanah daie 
Sungguh 
Mungkin saja nanti aku yang tergelincir 
Aku tidak sanggup 
Aku belum mampu 

Kamu mungkin bahas 
Habis tu, yang masih terkapai 
Siapa yang mahu dakwah? 

Bukan bererti bila aku tidak mahu kancah sebegitu menyelubungi aku 
Aku juga tidak akan menoleh pada saudara-saudaraku di situ 
Tidak 
Aku pasti 
Dan sangat mahu untuk menarik mereka ke jalan Dia 

Tapi 
Dakwah itu strateginya pelbagai 
Metodenya bermacam 
Lorongnya meluas 
Bukan satu 
Bukan jalan buntu 
Bukan 
Bukan begitu 

Bukan bererti 
Bila suasana lebih deeni yang aku cari 
Yang aku hampiri 
Aku perlu jadi rasis 
Rasis dengan cuma yang dalam atmosfera sefikrah 
Bukan 
Aku bukan begitu 

Kerana ini agama Dia
Agama milik semua 
Cuma yang mungkin beda 
Jalan yang kita pilih 
Tempuh tuju Dia 

Pilihlah 
Pilih yang kau rasa selesa 
Yang kau rasa sebulu 
Ini hak asasi manusia 
Asalkan nanti tujuannya satu 
Dan kita masing-masing punya alasan ampuh 
Atas jalan yang kita pilih itu 

Ini kata aku 
Mahu setuju atau tidak 
Itu terserah kamu 



No comments: