Andai yang kamu cari
Gadis anggun umpama puteri
Gadis ayu lincah di lantai tari
Gadis Melayu santun tak terperi
Yang bakal melayanmu bak bidadari
Sempurna sebagai suri
Maaf
Aku bukan gadis itu
Aku cuma aku
Yang akan bahagia cukup dengan adanya kamu
Yang akan sentiasa temani jerih payah kamu
Yang akan cuba sempurnakan hari hari kamu
Dengan cara aku
Dengan cara aku
Andai ini masih banyak celanya bagi kamu
Maaf
Maaf
Mungkin aku bukan suri untuk kamu
Kerana
Aku akan tetap jadi aku
No comments:
Post a Comment