Assalamualaikum!
Firstly, serius aku lupa gila result SPM keluar hari ni. lol hanis mentang-mentang dah lama tinggal. So, macam biasalah ayat cliche, siapa yang result awesome, alhamdulillah and tahniah. peluang dan jalan terbuka seluas-luasnya untuk anda dah ni. For those yang result tak bagus, bolehlah siap-siap masuk dalam stor cari cangkul dan gali kubur untuk diri sendiri kerana masa depan memang dah tak ada, punah, ranah, hancur berkecai untuk anda. Percayalah. Ini serius. Okay? NO jangan buat. aku main-main je. InsyaAllah, rezeki Allah tu ada je kat mana-mana. Result tu, cuma huruf-huruf atas sekeping kertas, yang tak dinafikan, memang akan berguna dan penting, tapi tak bermaksud huruf-huruf tu adalah segalanya. Well boleh je cari jalan lain. Mungkin akan sedikit rumit berbanding orang yang excel tapi tak mustahil. Serious. Sebab ada je kawan aku yang medic sekali kat sini, SPM dia biasa2, ada C, tapi result exam sini gempak je. See? Proven. Haha. Allah has better plans. Have faith. Been there.
Cerita aku, dulu memang alhamdulillah, result aku memanjang Allah bagi, erm, boleh kata sangat bersyukur dan sangat membantu untuk aku teruskan hidup (cheh!), UPSR, PMR, SPM, semua alhamdulillah. Dengan result SPM tu jugak, JPA bagi aku medic kat UIA. Tapi masa foundation kat UIA, aku dapat result yang tergelincir sikit dari landasan, memang, ya Allah sikit sangat je lagi nak masuk quota tu. macam, erm.. tambah berapa markah je lagi untuk remain dalam medic. At that moment, I actually disregard my SPM result. Aku macam, apa guna dapat straight As, even kalau straight A+ pun, last2 jadi macam ni. Astaghfirullahalazim. Bila ingat balik rasa macam, headshot. Kau tak reti nak bersyukur? Kau tau tak belambak orang nak gila result macam tu. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, dorang nak hadiahkan kat parents yang buat macam-macam untuk dorang. Kau, mentang-mentang Allah bagi smooth je straight As seumur hidup. Lepas tu tak reti nak bersyukur dah. Then when I finally get back to my sense, aku pun macam, err okay, now, what should I do, and what did I do wrong dalam exam pun aku sampai tak dapat nak detect. Tapi, to my surprise, I was still shortlisted for the interview untuk sambung degree in medic pulak. When it comes to the interview session kan, panelist tu tanya soalan macam biasa semua, then dia tengok result foundation aku. Okay. Macam tak lepas pun patutnya kan because of that mere 2-3 marks. Then dia tengok pulak result SPM aku. Lepas tu dia macam terkejut, and dia pulak yang macam bersedih dan kecewa. Frankly, I got straight As with 7A+ and 2A biasa. Sampai sekarang aku ingat ayat dia, "Awak punya result SPM sangat okay. In fact, better than most of these people yang dapat CGPA tinggi ni pun. Sangat sayang. I wonder what did you do wrong." Honestly, aku tak dapat nak kata apa lah sebab aku sendiri taktau what did I do wrong. Haha. Tapi masa tu macam, eh, pelik sikit. Aku okay je. Kecewa? Sikit lah. Tapi I believe, ada rezeki ada lah kan. I've tried pun somehow. Tapi panel tu pulak yang macam, alaaa ruginya awak ni. Sikit je lagi. Well then I said, "Dr, there's nothing we can do about it by now pun, so I'm fine with it. Hehe." So she said, "I know you want this. And I can't reassure you a place here because of the very limited seats. But I know you'd do very well in this. Your achievement along your life shows me that you're actually good. Maybe tak ada rezeki kat sini. Then go somewhere else and proceed with this. Promise me you'll do your best and become a great Muslim doctor. Maybe your chance will not be in here, but somewhere else you'll do much better." And I did take her advice. So that's why I'm here now. For those who asked, nah jawapan sebiji satu karangan. Ponat den nak jawab sorang-sorang kat semua yang tanya. Haha. Sebenarnya, memang lah boleh je aku nak stay kat UIA tu and appeal for medic jugak. Tapi the chances are not that promising. Plus the process is quite complicated. So I decided to go on with this. Oh, they gave me biomedic btw in exchange. But I prefer medic, because, err, I prefer to be busy with people rather than lab tests? Hehehe.. And I have to stop with JPA and reject their offer untuk degree kot masa tu. Quite reluctant. Tapi, insyaAllah, rezeki Allah tu ada je kan.
And aku sepatutnya sangat-sangat bersyukur sebab ada parents yang sangat awesome yang sanggup je buat apa-apa asalkan anak dia ni dapat capai cita-cita. Yes, for me I did disappoint them. But then again, there's always one point in life yang kita akan tersungkur. That was my point. First time kot menghadapi kegagalan walau dah 20 tahun hidup. Aku serius taktau nak react macam mana time tu. Patutnya sedih ke? Patut frust ke? I don't know. Really. But if not tested, we won't learn kan. So alhamdulillah. "Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji?" (29:2). Headshot lagi sekali, bersyukurlah Hanis. Orang lain yang terkandas kat UIA tu, kena redha je dengan any courses yang UIA bagi. Sebab bukan semua orang mampu, bukan semua orang mudah-mudah je dapat jalan macam ni. Kawan-kawan kau yang terpaksa korbankan cita-cita tu? Sebab taknak susahkan parents kena keluar duit lagi, tak boleh tinggal parents kat Malaysia, kena jaga parents, macam-macam lagi. They don't really have another choice, like seriously. Kau ni, punya lah Allah tolong, ada je peluang lagi, keluar dari UIA and amik medic kat sini pulak. Ni macam second chance yang sangat besar tau. Bersyukurlah. And buat sungguh-sungguh. Kau sangat-sangat beruntung tau.
And, dari dulu, memang I was taught that, for everything that happen, ada hikmah. Kita ni, nampak dengan tak nampak je hikmah tu. Kita akan nampak kalau kita cari dan redha. Dan kalau kita degil ketegaq nak guling-guling kesedihan bawah katil memang hmm kelaut lah tak nampak sampai bila-bila. And I'm grateful that since I'm here, I met lots of great people. And I learned lots of great things. And to my surprise, being here, give me such a vast opportunity to change for the better. Alhamdulillah. Since aku taktau pun apsal result aku pelik semacam macam tu kat UIA dulu, Allah showed me that there's no need to be a clear, specific reason for that. Cukup, bagi aku, sebenarnya Allah nak bagi aku peluang untuk jadi lebih baik, not only in academic, but also dari segi tarbiyah diri dan dakwah. It hits me right in the head that, hidup ni bukan semata-mata untuk belajar macam gila dan jadi doktor and that's it. Tapi hidup ni untuk akhirat, dan belajar jadi doktor semua tu is a part of it, besides the bigger purpose which is untuk jadi Muslimah sebenar luar dalam, dan hidup untuk ummah jugak instead of untuk diri sendiri semata-mata. So, Alhamdulillah for the lacking 2-3 marks masa kat UIA dulu. :)
The end. Assalamualaikum.
*p/s: Hamik kau karangan selambak aku bagi. Haha. Sebenarnya aku exam ahad ni. So saja nak cari semangat lebih sikit. Nak mumtaz. Nak berjaya. Nak balas jasa parents. Nak jadi Doktor. Untuk ummah. InsyaAllah. Doakan. :)