Sunday, April 21, 2013

Batas; Waktu dan Jarak



Aku dan kamu
Berjarak cuma berapa hasta
Tapi hati kita
Tak berani untuk saling mencapai kata
Membisu bagai tak wujud di depan mata
Menenang atma yang Dia saja tahu laju degupnya
Kerana yang kita yakini
Kita cuma serah pada Dia

Beza dengan dulu
Kita jauh terpisah benua
Namun kita tetap sejiwa
Setia berharap walau tak pernah menaut cinta
Cukup ampuh dengan rasa yang terbina

Dulu atau kini
Mana sebenarnya yang kita cita?

Aku pilih yang kini
Kerana yang aku percaya
Baik hati kamu
Mahupun hati aku
Yang memegang cinta; Dia.


No comments: