Saturday, November 13, 2010

from my point of view


cinta adalah kekuatan..
yang mampu mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka jadi anggur..
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibbah..
itulah cinta..

tapi.. masihkah "cinta" jika..

kekuatan itu hilang saat berhadapan dengannya..
mawar tidak lagi dipandang pada indah rupanya.. tapi pedih durinya..
yang semanis anggur menjadi begitu pahit untuk ditelan..
bibir yang selama ini terukir senyum kian pudar.. lalu diganti airmata yang setia menemani tiap detik yang berlalu..
apabila saat bersendirian itu terasa lebih diharapkan..
dan jika hati kian dilanda walang..

namun di suatu sudut yang lain pula.. cinta itu sebenarnya indah kerana..

jika hilang kekuatan tidak bererti timbul kelemahan.. cuma tunduk pada keegoan hati sendiri dan mengalah pada yang disayangi..
yang memedihkan juga mungkin akan lebih terkesan di hati.. lalu sentiasa diingati..
kadangkala juga yang pahit itu adalah penawar..
airmata mungkin juga akan menjadi penyeri.. kepada wajah yang kian sepi..
bersendirian membuat kita lebih berfikir dan menghargai..
dan derita juga boleh menjadi kunci kepada permulaan bahagia..

aku merasa ada yang hilang..
tanpa tau apa yang sudah kutemukan..
aku merasa menemukan..
tanpa tau apa yang aku cari..
dan aku seperti masih mencari..
tanpa tau apa yang sudah hilang..

aku telah belajar sesuatu..
untuk hargai yang ada di depanku..
sebelum aku menyesali kehilangannya..
dan meragui kemunculan sesuatu yang lain..

2 comments:

Farhan said...

apakah cinta andai mengundang murka yang Esa? oh tidak, itu bukan cinta. itu mencemar cinta yang sebenarnya.

♥sugArplum♥ said...

i like that stat dude.. hahah..